Sudah lama tak update blog ini. Kawan-kawan pun dah tegur. Semakin hari semakin banyak kerja. Semakin sibuk. Nasib baik di kala sibuk ni sekurang-kurangnya sudah ada banyak artikel dan post di blog ini, boleh la anda baca artikel-artikel lama yang mungkin anda tidak sempat baca dahulu.
Artikel lama - Direktori blog Intelligi
kehidupan itu juga adalah satu cerita, kejayaan adalah satu destinasi dan usaha itu satu kenderaan!
Motivator @ coach
Mungkin ada pembaca yang ingat saya ni memang hendak jadi motivator atau coach atau sebagainya. Sebenarnya semua penulisan saya di sini hanya satu perkongsian ilmu. Apa yang saya sudah belajar tidak kira mengenai motivasi, minda, energi, LOA dan sebagainya hanyalah untuk kegunaan sendiri. Sambil-sambil apply apa yang saya sudah belajar tu, saya tulis balik di sini untuk dikongsi bersama. Tapi kalau ada kawan-kawan yang memerlukan bantuan sikit-sikit, boleh juga hubungi saya.
Kalau nak coach atau motivator yang professional, saya cadangkan anda hubungi Coach Amar di blognya di www.amarmahmood.com. Baru-baru ini juga saya ada bertemu beliau selepas kursus KA-MK yang dianjurkan oleh IQBC. Banyak juga perkongsian pada hari itu termasuk dengan perancangan beliau pada masa hadapan.
Selamat datang blogger baru!
Ada juga blogger baru yang e-mail saya meminta tunjuk ajar dan sebagainya di dalam cara blogging, artikel dan lain-lain. Saya mengalu-alukan e-mail anda dan pasti akan saya balas. Bagi yang mahu post kan artikel saya ke blog mereka, anda bebas untuk post kan artikel saya tetapi sekali lagi saya ingatkan anda untuk meletakkan link balik ke blog ini di dalam artikel anda.
Pertandingan blog Review - Menangi RM100
Pertandingan blog Review anjuran blog Intelligi masih lagi berjalan sehingga 15 May ini. Sesiapa sahaja layak untuk menyertai pertandingan ini. Klik di bawah untuk maklumat lanjut
http://intelligi.afiqme.com/2008/04/blogger-rm100-untuk-dimenangi.html
Kehidupan
Kehidupan menjadi bertambah baik sejak akhir-akhir ini. Di dalam kesibukan bekerja, rezeki juga bertambah, sahabat juga bertambah dan macam-macam lagi bertambah.
Buat sahabat semua, kehidupan itu juga adalah satu cerita, kejayaan adalah satu destinasi dan usaha itu satu kenderaan! Salam kejayaan!
Pastikan anda tidak ketinggalan, langgan artikel Intelligi hari ini.







